Friday, 25 November 2016

Written by Ahmad Zahir



BERITA:
Tourism Selangor sasar tujuh juta pelawat

KUALA LUMPUR , 4 MAC – Tourism Selangor menyasarkan kunjungan tujuh juta pelawat sempena berlansungnya program Tahun Melawat Selangor (VSY) 2016.
Pengurus promosi dan event Tourism Selangor, Khuzaimah Jamaluddin berkata, peryaan selama setahun itu yang bertemakan ‘Discover Selangor,’ akan memfokus kepada tiga segmen utama iaitu alam semula jadi, sukan dan warisan.
“Selangor bukan setakat mengenai kehidupan kota, kawasan sibuk dan bandar yang sesak. Sebenarnya, di Selanor terdapat banyak adventure luar untuk setiap orang.
“Kami mahu membawa pelawat ke negeri alam segar ini untuk menjelajah warisan semula jadinya,” kata Khuzaimah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lebih dikenali sebagai ‘Gerbang Malaysia,’ Selangor terdapat pelbagai tarikan untuk ditampilkan, bukan setakat menjadi antara negeri yang termaju di negara ini.
Tempat-tempat menarik termasuk Taman Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, Persiaran Warisan Diraja Klang, Bau Caves dan Sirkit Sepang.
Tourism Selangor akan menyediakan enam pondok untuk Pesta Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Dagangan Putra (PWTC) dari 13 hingga 15 Mac.
Berjaya Sompo Insurance Berhad (BSIB) akan menjadi Rakan Insurans bagi Pesta Matta pada tahun ini.
Khuzaimah berkata, bilangan pelancong ke Selangor meningkat tiga hingga lima peratus 2012 dan 2014.
Pada 2013, bilangan itu meningkat kepada6.7 juta dari 6.37 juta pada 2012, Sementara 2014 dan 2015 dicatatkan sebanyak 6.37 juta dan 6.40 juta.



RENCANA:
Cara Meningkatkan Industri Pelancongan Di Malaysia
Oleh: Ahmad Zahir Bin Mohd Daud





Di Malaysia, industry pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industry-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad. Memandangkan Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk memajukan industi pelancongan di tanah air kita.
Langkah yang primer ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyakan tempat pelancongan di negara ini untuk menggalakkan lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke negara kita. Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini dan berusaha untuk memajukannya.
Dalam kondisi ini, para pelancong akan mempunyai banyak alternatif tempat-tempat untuk dilawati. Oleh itu, mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan dapat meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu.
Contohnya, bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain perlulah dijaga dan akan menjadi tarikan pelancong dari negara asing. Bangunan itu telah membuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kitaa pernah dijajah oleh negara asing.
Dengan ini, dapat memajukan industry pelancongan di Malaysia. Sistem pengangkutan perlu dimajukan juga merupakan salah satu langkah yang efektif untuk memajukan industry pelancongan di ibu pertiwi ini. Oleh hal demikian, sistem pengangkutan yang sistematik akan memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinas ke satu destinasi yang lain.
Dengan adanya sistem pengangkutan yang mengenakan tambang pada harga yang berpatutan, selamat, selesa, cekap dan mengikut jadual yang ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi banyak masalah. Antara contoh pengankutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal laut, bas, teksi dan sebagainya.
Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengagkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para pelancong boleh menggunakan perkidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi.
Terbukti bahawa pengangkutan awam memanikan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Disamping itu, industry pelancongan akan dapat berkembang dengan cepat dan dimajukan sekiranya terdapat kemudahan-kemudahan asas.
Kemudahan-kemudahan asas yang penting seperti kemudahan jalanraya, sistem pengangkutan, tempat-tempat penginapan yang mencukupi seperti chalet dan hotel, tempat makan, tandas awam dan sebagainya perlu disediakan kepada para pelancong. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengurangkan kadar cukai membina chalet atau hotel kepada syarikat yang berkaitan.
Selain itu, tempat-tempat pelancongan yang sedia ada perlulah dijaga dengan sempurna agar bersih dan selamat. Kebersihan patutlah diberi keutamaan kerana kondisi ini juga merupakan suatu daya tarikan kepada para pelancong. Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah tempat atau negara itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusha untuk mempromosikannya.
Pihak kerajaan melalui agensi iaitu Kementerian Kesenian dan Pelancongan mestilah menjalankan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada dunialuar. Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan di luar negara. Pameran-pameran, kempen dan pesta kebudayaan juga perlu sentiasa diadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup, pemakanan, adat resam berbilang kaum di Malaysia.
Kini, perkembangan teknologi makluamt yang luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan kemudahan ini untuk memperkenalkan negara kita keseluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Floria Malaysia, Program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancong melawat tanak air kita.
Hal ini demikian, dalam era globalisasi ini, sikap pemandu kenderaan-kenderaan awam dan pengusaha di negara ini yang mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.”
Insiden-insiden para pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya telah menjejaskan imej negara Malaysia dala jiwa para pelancong.


IKLAN:
 

No comments:

Post a Comment