BERITA:
MALAYSIA
SEBAGAI HUB PELANCONGAN
SEREMBAN,
24 Nov – Industri pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting
bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara.
Hal ini
demikian kerana industri pelancongan banyak menyumbang dalam penghasilan dan
pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara.
Malaysia
merupakan negara yang mempunyai banyak tempat pelancongan kerana mempunyai 14
buah negeri yang rata-ratanya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Menurut
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, jumlah
kedatangan pelancong merekodkan peningkatan meskipun bajet yang diperuntukan
kepada kementerian dikurangkan.
Jumlah
kedatangan pelancong ke Malaysia setakat Jun direkodkan seramai 13.03 juta
berbanding tahun lepas seramai 12.56 di mana jumlah peningkatannya sebanyak 3.7
peratus.
Peningkatan
ini dilihat sebagai tanda positif bahawa Malaysia masih menjadi destinasi
pilihan yang utama bagi para pelancong. Namun beliau optimis bahawa peningkatan
itu mampu ditingkatkan lagi kepada tujuh peratus.
Malaysia
pada dasarnya mampu menjadi hub pelancongan kerana mempunyai pelbagai tempat
menarik yang wajib dikunjungi. Antara negari wajib kunjung adalah negeri
Terengganu.
Terengganu
merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik
yang boleh dikunjungi dan Terengganu juga boleh dikategorikan sebagai syurga
makanan bagi mereka yang cintakan makanan.
Di
Terengganu, bukan sahaja banyak tempat untuk membeli belah dengan harga yang
murah malahan negeri itu juga mempunyai banyak kawasan perairan seperti Pantai
Rhu Spuloh atau lebih dikenali sebagai Pantai Penarik yang amat terkenal dalam
kalangan pelancong dengan pantainya yang menarik dan bersih.
Selain
Pantai Rhu sepuloh, terdapat pelbagai tempat pelancongan yang boleh dilewati di
Terengganu yang sememangnya tidak akan mengecewakan. Terengganu sememangnya
tempat pelancongan yang tidak akan mengecewakan pelancong.
RENCANA:
PERCUTIAN ALA NELAYAN DI LAGUNA SETIU
Percutian di
lokasi-lokasi pelancongan popular
seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang serta kawasan pantai seumpama Port Dickson
pastinya sudah dianggap terlalu biasa bagi mereka yang gemar berkelah serta
beriadah seperti memancing.
Disebabkan
itu, penulis merancang untuk menulis mengenai Laguna Agro Resort di Setiu,
Terengganu yang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di
Pantai Timur.
Apa yang
menarik tentang temapat ini adalah, pihak resort menawarkan pengalaman unik
kepada pelancong dengan merasai sendiri kehidupan seharian sebagai nelayan
selain menetap di persisir pantai.
Setibanya di
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, penulis memulakan
perjalanan dengan menaiki kereta rakan. Perjalanan untuk ke Laguna Agro Resort
dimiliki oleh Pertubuhan Peladang, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
(MOA) mengambil masa kira-kira 1 jam 4 minit.
Pengalaman
bercuti di destinasi percutian bajet berkeluasan 880 hektar itu telah memberi
1001 kenangan indah yang sukar untuk dilupakan, apatah lagi ilmu yang
dicurahkan kakitangan resort dalam memberi pengalaman menyelusuri kehidupan
harian sebagai nelayan.
Mungkin ia
rutin biasa bagi penduduk setempat, tetapi bukan bagi pelancong luar khususnya
dari Bandar yang inginkan ketenangan serta suasana kampung.
Dengan
bayaran yang sikenakan serendah RM100.00 untuk bilik yang boleh memuatkan
seramai tiga orang, pelancong dapat menikmati pemandangan indah dan persekitaran
cantik yang memukau seperti hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang
mendamaikan.
Sejujurnya,
tidak pernah terlintas dalam fikiran betapa gembiranya kehidupan seorang
nelayan setelah hasil tangkapan seperti ikan, lala, lokan dan kerang itu dapat
dikongsi serta dirasai sendiri bersama ahli keluarga.
Malah,
kesemua hasil laut itu akan dijadikan menu utama yang akan disajikan pihak
resort tanpa sebarang upah atau dikenakan bayaran tambahan.
Bagi
pelancong yang mahukan lebih keseronokan, mereka boleh meminta pihak resort
untuk mengadakan aktiviti menyusuri lagun, memancing ikan dan udang galah,
mencari kepah, kerang, ketam nipah serta melihat lokasi pendaratan penyu. Bukan
itu sahaja, mereka juga boleh membeli hasil hiliran laut seperti belacan,
budu,ikan masin dan lain-lain dengan harga yang amat rendah.
Menurut
pengurus resort, Mohamad Faizal Abdullah, 21, konsep resort berlatarbelakangkan
perkampungan nelayan adalah permintaan orang ramai terutama penduduk setempat
yang mahu pemandangan semulajadi terus kekal dipelihara selepas dikomersialkan.
Sepanjang
empat, tahun penubuhannya, resort ini terus kekal dipilih sebagai salah satu
destinasi percutian khususnya buat pelajar university seperti penulis sendiri
yang datang secara beramai-ramai.
Laguna Agro
Resort juga sesuai diadakan aktiviti berbentuk kem dan perkhemahan selain
bermalam di chalet bagi percutian biasa.
Bagi mereka
yang ingin menempah untuk aktiviti perkhemahan seharusnya menempah sebulan
lebih awal kerana tempat ini sentiasa menerima tempahan dan penuh sepanjang
tahun. – NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SUFRI
IKLAN:



No comments:
Post a Comment